Showing posts with label Tips dan Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Petua. Show all posts

Friday, March 1, 2013

Mata Oh Mata


Salam,

Boringnya malam ni, Astro pun tak ada cerita yang menarik, layan anak je la tonton karton kat Astro Ceria, alahai bertambah la boring, nak dialih channel nanti dah tentu mengamuk punya.  Perut ni pulak asyik dok nyanyi lagu keroncong je lagi tadi, hmm entahlah macam ada yang tak kena je hari ni. maybe penat sangat kot. (macam la banyak sangat kerja yang dibuat).. Mata pun macam dah tak bermaya & segar lagi, lingkaran bawah mata pun dah nampak keterlaluan, oh no! korang pun ada masalah mata yang sama ker?.. so macam mana ni?? kenapa boleh jadi macam ni?? wahh banyaknya question mark, sambil tangan menyelak majalah Mingguan Wanita).. yeah!! dah dapat, terujanya nak baca dan setelah diselidiki ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan terjadinya lingkaran bawah mata contohnya seperti ;

1.  Kurang tidur - terlalu sibuk sehinggakan tidak mendapat tidur yang berkualiti.  Tidur yang berkualiti adalah tidur yang lena antara 6 hingga 8 jam sehari supaya tubuh dapat berehat dan membantu memulihkan sel-sel yang rosak termasuk di bahagian mata.

2.  Terlalu lama di depan komputer @ menonton TV - menonton TV dalam tempoh yang lama akan memberi tekanan pada mata.

3.  Kekurangan Air & Zat Mineral - tubuh & mata akan menjadi lesu.

4.  Stres / Tekanan - musuh utama setiap wanita untuk kekal cantik dan sihat.  Ia akan menyebabkan tubuh dan mata menjadi kusam dan cuba atasinya dengan cara senaman atau aktiviti kegemaran.

Ok, sekarang boleh lah menangis sebab kesemua yang di atas termasuk dalam rutin harian saya, Oh tidak, ini semua poyooooooooooo, tetiba je.. ahakss.. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii jangan bimbang ok, tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan, dengan penemuan terbaru (terbaru la sgt, tangan kat bahu, mata ke atas) lingkaran bawah mata atau orang mat saleh cakap eye bag boleh di atasi dengan ....

1.  Banyakkan minum air putih - putih? susu ke? eh bukan susu ler, takkan nak sebut air jernih pulak kan.. hmm.. korang disarankan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari kerana ia amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.

2.  Lebihkan buah-buahan & sayur-sayuran - kandungan makanan ini kaya dengan vitamin dan zat yang sangat baik untuk kesihatan dan kecantikkan.

3.  Rawatan di Spa - bg yang berkemampuan, bolehlah gunakan rawatan yang disediakan sama ada secara manual atau menggunakan mesin.

4.  Produk khas - krim mata yang kandungannya selamat dapat membantu mengatasi masalah ini. 

Wahh kelas kau nyah, siap bagi tips lagi, padahal curi dalam magazine, hahaha whatever, so mulai sekarang saya, awak dan awak dan awak boleh la amalkan nya ye dan tip kat atas tu bukanlah untuk remaja sahaja, mak orang, makcik2, nenek2 pun boleh kalau nak amalkan. ok selamat mencuba kepada saya dan anda. Assalamualaikum.

 ( Jangan terpedaya dengan gambar di atas, ini gambar siang tadi, 
makeup telah membuatkan eye bag saya hilang.. taraaa! )

** SHARING IS CARING ** 




Friday, November 2, 2012

Awas Lelaki !!


Dalam mendampingi dan menambat hati wanita pujaan anda, kaum lelaki perlu menjauhi sikap ini. Ia bukan saja tidak disukai oleh mereka malah boleh melukakan hati. Jika anda punya sikap ini maka belajarlah untuk mengikisnya bermula dari sekarang.

Panas baran
Jarang sekali sikap ini dikaitkan dengan wanita. Tidak cukup dengan kata-kata biasanya sikap panas baran ini meliputi dengan perbuatan seperti, menampar, memukul, menerajang dan sebagainya. Kebanyakan perbuatan begini membuatkan wanita trauma dan fobia malah timbul rasa benci. Sebaiknya kawal diri kerana pasangan adalah untuk disayangi dan bukannya menjadi mangsa sepak terajang.

Terlalu mengongkong
Mungkin kita pernah mendengar cerita bahawa lelaki suka mengongkong. Baik dari segi pergerakan, pergaulan, pakaian dan sebagainya. Sikap begini membuatkan wanita cepat bosan dan mungkin anda akan ditinggalkan.

Egoistik
Tidak hanya panas baran tetapi lelaki juga dikenali dengan sikap egonya. Biasanya sikap ini terserlah apabila memberi pendapat. Lelaki ego merasakan idea mereka adalah hebat manakala idea orang lain semuanya tidak berguna. Begitu juga kalau bergaduh, lelaki ego biasanya tidak mahu mengalah atau memujuk sebaliknya merasakan diri mereka betul selalu.

Pantang melihat wanita cantik
Pasti anda pernah bergaduh dengan pasangan perihal hal yang satu ini. Lelaki umumnya tidak pernah puas dengan satu pasangan. Biar sudah ada pasangan yang cantik, mereka tetap akan melirik pada yang lebih cantik.

Curang
Perbuatan ini sukar dimaafkan. Ramai yang curang pada pasangan baik ketika sedang bercinta mahu pun sesudah perkahwinan. Tidak kira lelaki mahu pun perempuan, perbuatan yang satu ini sukar dimaafkan dan ia lebih sukar jika dilakukan oleh lelaki yang sudah berkahwin.

Tidak sensitif
Ramai pasangan yang bergaduh kerana ketidaksefahaman. Kata mereka, lelaki biasanya kurang sensitif dan kurang memahami kehendak wanita. Sebaiknya, apabila anda sudah bertemu Mrs Right, jagalah ia sebaik mungkin kerana anda mungkin tidak boleh bertemu yang lebih baik darinya lagi.

Lebihkan kawan-kawan
Jom tengok bola. Jom memancing. Itu antara hobi lelaki dan biasanya mereka jarang menolak ajakan kawan-kawan yang ‘sekepala’. Yang makan hati biasanya pasangan mereka. Demi menjaga hubungan, sebaiknya toleransilah hal ini dengan pasangan kerana tidak rugi jika anda berbuat demikian.


Makanan kesihatan baik untuk lelaki

1 Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup (penyejuk badan).

2 Buah Kurma
Nabi bersabda rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3 Buah Tin
Buah dari syurga, boleh merawat buasir.

4 Buah Anggur
Nabi suka buah anggur. Dapat membersihkan darah, dapat menguatkan buah pinggang serta dapat membersihkan perut.

5 Madu
Dikatakan makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mampu mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, dapat membuka selera makan, menguatkan perut dan membuang kahak. Elok diminum di waktu pagi dengan air suam.

7 Susu
Baik untuk membuang panas badan. Ianya juga dapat menguatkan bahagian belakang badan, memperbaiki otak dan pandangan mata.

Sumber : Mingguan Wanita

Monday, October 8, 2012

Diet


Penurunan berat badan secara drastik terlalu bahaya untuk kesihatan. Apa gunanya kurus langsing tetapi ditimpa pelbagai penyakit. Cara begini boleh mendatangkan kesan sampingan seperti muka pucat, pening kepala, keletihan kulit berkedut dan menggeleber. Lebih baik jika lakukannya secara berperingkat dan pastikan pengambilan air mencukupi.

Berdietlah dengan cara yang sederhana agar anda bukan sahaja dapat melangsing dan menurunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama juga dapat memastikan tubuh badan berada dalam keadaan sihat dan cergas. Terdapat beberapa peraturan yang perlu anda amalkan ketika anda berdiet. Ikuti panduan di bawah :

yummy! tapi ni pengantin punya, diambil semasa kenduri jiran saya.

Sarapan 
Walaupun berdiet, tidak semestinya anda perlu mengabaikan sarapan. Ini kerana, sarapan adalah hidangan penting untuk memulakan hari. Oleh itu, sebaiknya anda tidak melewatkan sarapan. Ini akan menyebabkan anda makan lebih banyak ketika waktu makan utama iaitu ketika makan tengah hari dan makan malam.

Tahukan anda, dengan melewatkan makan ia akan membuatkan anda lapar pada tengah malam. Sekiranya ia berlaku, minumlah air teh herba yang dicampurkan madu. Cara ini dapat mengenyangkan perut tanpa pengambilan kalori tambahan yang tidak penting. Selain itu, anda boleh ambil segelas susu bagi mengalas perut sebelum tidur.

Makan perlahan-lahan 
Kajian menunjukkan tabiat makan terlalu cepat hanya akan meningkatkan masalah kegemukan. Ia bukan sahaja mengganggu pencernaan dan sakit perut tetapi juga boleh mengganggu diet.

Ketika makan dengan cepat, tubuh tidak sempat memberi isyarat kepada otak bahawa makanan yang dimakan sudah mencukupi. Makan sedikit demi sedikit dan kunyah dengan perlahan sebelum telan. Ingat! Makan dengan perlahan dapat memberi masa pada tubuh untuk menyerap nutrisi.

Membayangkan makanan 
Jangan jadikan kebiasaan membayangkan makanan ketika berdiet. Ia hanya akan mendorong anda mengambil makanan berlemak dan berkalori dengan kuantiti yang banyak. Untuk mengawal keinginan makan, ambil makanan berserat yang banyak kerana ia melancarkan sistem pencernaan dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama. 

Jauhi makan di tengah malam 
Tahukah anda kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ia membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Tetapi kebanyakan gerai dan restoran di Malaysia dibuka 24 jam sekali gus mendorong anda untuk makan dan minum sehingga lewat malam. Tidak salah untuk melepak bersama teman di kedai-kedai makan tetapi berhati-hati dengan apa yang anda makan pada waktu tersebut.

Elak makanan segera 
2 juta rakyat Malaysia didapati mengidap diabetes yang kebanyakannya berpunca daripada makanan. Kajian menunjukkan hampir keseluruhan murid- murid sekolah menjadi sasaran kepada makanan segera sekali gus mendedahkan mereka kepada penyakit kritikal di usia muda. Ibu bapa, pantaulah pemakanan anak anda kerana ia akan mempengaruhi corak pemakanan mereka apabila dewasa kelak. 

Kurangkan garam dan gula 
Pakar jantung seluruh mengatakan, pengurangan pengambilan garam dalam makanan merupakan langkah penting untuk mengurangkan kematian akibat masalah jantung. Ini kerana, garam berlebihan menyebabkan kenaikan tekanan darah yang berkait rapat dengan serangan jantung dan otak (strok). Selain garam, kurangkan juga gula dalam hidangan anda.

Badan terasa sangat letih tapi senyuman tak melambangkannya, langsung tak berkesempatan nak bersolek.


Friday, June 8, 2012

10 Cara Semulajadi Hindari Kanser Payudara


Mendengar perkataan kanser saja sudah cukup menakutkan kerana akibatnya mungkin boleh saja berakhir dengan penderitaan dan kematian. Akan tetapi hakikat sebenarnya penyakit ini amat dekat sekali dengan wanita. Malah kanser payu dara menjadi pembunuh utama wanita di negara ini.
Sebaiknya ambil langkah untuk menghindarinya sebelum terlewat. Selain usaha meng ambil suplemen, bertemu doctor dan sebagainya ada juga cara semula jadi untuk menghindarinya. 10 cara berikut boleh anda praktikkan.


1 Bersenamlah
Kajian menunjukkan bahawa seiring dengan peningkatan aktiviti, maka risiko kanker payudara akan berkurang. Bersenam akan menurunkan kadar estrogen yang dihasilkan tubuh sehingga mengurangkan risiko kanker payudara.

2 Kurangi lemak
Anda tentu sering mendengar per ten tangan pendapat mengenai hubungan antara kanser payudara dengan makanan berlemak. Beberapa kajian menunjukkan bahawa diet rendah lemak membantu mencegah kanser payudara. Jenis lemak yang memicu kanser payu - dara adalah lemak tepu dalam daging, men tega, makanan yang mengandung susu penuh krim dan asid lemak dalam marjerin.

3 Perhatikan cara memasak
Cara anda memasak daging terutamanya akan mempengaruhi risiko kanser payudara. Daging-daging yang dimasak atau dipanggang menghasilkan bahan karsinogenik (amino heterosiklik). Semakin lama dimasak, semakin banyak ia terbentuk. Amino heterosiklik paling banyak terdapat dalam daging bakar yang lapisan luarnya (kulitnya) keras dan hitam.

4 Makan lebih banyak
buah dan sayuran Semakin banyak buah dan sayuran yang dimakan, semakin kurang risiko untuk semua kanser, termasuk kanser payudara. Makanan dari tumbuh tumbuhan mengandungi antioksidan yang tinggi, antara nya vitamin A, C, E dan mineral selenium, dapat mencegah kerosakan sel yang menjadi penyebab terjadinya kanser. National Cancer Institute (NCI) menyarankan pengambilan buah dan sayuran paling tidak lima kali dalam sehari.

5 Ambil suplemen antioksidan
Suplemen tidak dapat menggantikan buah dan sayuran, tetapi suatu formula antioksidan boleh dijadikan makanan tamba han yang dapat mencegah kanser payudara

6 Makan banyak serat
Selain berfungsi sebagai antioksidan, buah dan sayuran juga mengandung banyak serat. Makanan berserat akan mengikat estro gen dalam saluran pencernaan, sehingga kadarnya dalam darah akan berkurang.

7 Makan lebih banyak soya
Makanan-makanan yang berasal dari soya banyak mengandung estrogen tumbuhan (fito estrogen). Ia mirip dengan estrogen tubuh, tapi lebih lemah. Fito estrogen terikat pada reseptor sel yang sama dengan estrogen tubuh, mengikatnya keluar dari sel payudara sekali gus mengu rangkan kesan penyebab kanser payudara.

8 Jaga berat badan
Kenaikan berat badan setiap paun setelah usia 18 tahun akan menambah risiko kanser payudara. Ini disebabkan seiring dengan bertambahnya lemak tubuh, maka kadar estrogen sebagai hormon punca kanser payudara dalam darah pun akan meningkat.

9 Jangan merokok
Merokok akan meningkatkan risiko kanker payudara malah kanser dan juga penyakit kronik yang lain.

10 Menyusui
Untuk alasan yang masih belum jelas, menyusukan bayi ada hubungannya dengan berkurangnya risiko kanser payudara sebelum menopaus. 


Sumber : Mingguan Wanita 

Thursday, April 26, 2012

Khasiat Susu Soya Untuk Ibu Hamil


Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru, contohnya pembentukkan sel baru pada janin yang merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya.  Selain daripada protein, vitamin B1, B2 & B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukkan tenaga baik untuk janin mahupun ibu hamil sendiri.  Sementara asid folik yang terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam kandungan. Soya juga memiliki manfaat bagi kesihatan tubuh semasa kehamilan seperti melancarkan pencernaan, membantu menurunkan kadar kolestrol, memperkecilkan risiko mendapat kanser payudara, membina tulang, gigi yang kuat, jantung dan juga sistem saraf.  

Walaupun susu soya itu berkhasiat dinasihatkan jangan minum berlebihan kerana unsur estrogen di dalam susu soya iaitu isoflavon dikatakan dapat menekan penghasilan hormon tiroid, khusunya diambil sehingga 40 miligram sehari.  Pengambilan susu soya secara berlebihan juga dapat menggangu penyerapan beberapa zat nutrisi.  

P/S :
Jangan abaikan sarapan walau asyik muntah.  Sarapan amat penting terutamanya untuk ibu hamil kerana ia akan menstabilkan kadar gula dalam darah sebagai tenaga untuk menjalani proses metabolimesme tubuh anda.  Jadi ambillah makanan dengan variasi menu yang kaya dengan gizi.  Sekiranya minum susu membuatkan anda mual, ia tetap boleh anda penuhi dengan olahan yang mengandungi susu juga seperti puding, aiskrim & yogurt.

Saturday, April 14, 2012

6 tips wajah kusam kembali ceria


Bagi wanita berkerjaya, pastinya hal ini mahu dihindari kerana tidak mahu tampil dengan wajah yang kurang ceria terutama ketika berhadapan orang ramai. Beberapa tip di bawah mungkin dapat membantu membuatkan wajah yang kusam kembali ceria.

1. Melakukan Aktiviti Luar
Mungkin ada yang beranggapan kenapa perlu melakukan aktiviti luar seperti berjoging dan sebagainya sedangkan tubuh sudah keletihan. Sebenarnya dengan melakukan senaman ringan pada waktu pagi misalnya membolehkan anda menghirup udara segar sekali gus dapat membuatkan tubuh lebih relaks.

Selain itu, udara waktu pagi juga selamat dari sebarang pencemaran. Malah, ia turut membantu melancarkan peredaran darah dan membantu tubuh lebih relaks dan segar.

2. Minum Air Putih
Pengambilan air putih sekurang kurangnya dua liter atau lapan gelas sehari adalah amat digalakkan. Namun, ada yang tidak meng ambil kisah hal ini dan melebihkan pengambilan air manis dan berkafien. Tidak kurang juga ada yang tidak minum apa pun di pagi hari.

Sebaiknya, bagi anda yang gemar melakukan aktiviti luar, pastikan sebotol air putih turut dibawa bersama dan minumlah ketika memulakan aktiviti harian anda. Cara ini sel sel kulit akan terhidrasi dan lebih kenyal. Bagi kesan yang lebih baik, apa kata letakkan sedikit perahan lemon untuk meningkatkan metabolisme tubuh anda selain menghilangkan rasa payau air putih tersebut. 

3. Rawat Mata
Bagi anda yang menghadapi masalah kesan lebam di bawah mata akibat kurang tidur tetapi tiada masa untuk melakukan rawa tan di spa, apa kata anda cuba terlebih dahulu krim mata atau boleh juga menggunakan pad mata bagi membantu menutupi atau menghilangkan lingkaran hitam atau bengkak pada mata.

Kaedah ini akan membuat kan mata akan merasa relaks selain dapat membantu melancarkan peredaran darah. Pastikan pad mata tersebut mengandungi bahan bahan semula jadi yang dapat membantu mengurangkan lingkaran hitam pada mata secara cepat.

4. Bantuan Kosmetik
Selain penggunaan pad mata herba, anda juga boleh mencuba kaedah moden iaitu dengan menggunakan produk kosmetik bagi menutupi kekurangan pada wajah anda. Krim pelindung cahaya matahari misalnya dapat menghindari dari terdedah kepada matahari selain turut membantu membuatkan kulit wajah lebih cantik bersinar.

Gunakan solekan natural dan sapukan krim highlight di kedua belah pipi anda menggunakan hujung jari. Kaedah ini akan membantu anda kelihatan lebih segar. Selain itu, dengan mengusap highlight, anda boleh juga menggunakan pembayang mata rona cerah yang disapu di bawah lengkungan alis dan di sudut mata. Ia akan membantu menjadikan mata anda dilihat lebih ‘hidup

5. Pemakaian Maskara dan Pemerah Pipi
Bagi anda yang kurang gemar memakai solekan, apa kata anda gunakan maskara dan pembayang mata sahaja. Dua produk ini akan membantu menutupi kekura ngan pada wajah terutama bagi anda yang tidak cukup tidur. Maskara akan membantu membuatkan mata kelihatan besar dan terbuka lebar. Mana kala pemakaian pemerah pipi rona merah jambu akan membantu membuatkan pipi lebih segar dan ceria.

6. Menggunakan Madu
Selain penggunaan produk kosmetik, anda juga boleh menggunakan madu untuk kulit wajah. Tidak sekadar ber fungsi sebagai antiseptik semula jadi yang dapat meningkatkan imunisasi tubuh, madu juga bermanfaat sebagai pelembap semula jadi. Anda boleh menggunakan madu sebagai bahan mencantikkan wajah serta menghaluskan kulit kering atau pecah-pecah. Bagi yang mengalami bibir pecah, sapukan sedikit madu terutama pada waktu pagi dan malam.

Selain menghilang masalah bibir pecah, ia juga dapat membantu membuatkan bibir merah dan seksi andai dilakukan secara rutin. Bagi yang mengalami masalah liang-liang roma besar, apa kata atasinya dengan madu. Jadikan madu sebagai masker untuk mengecilkan liang-liang roma selain membantu menghaluskan kulit wajah. Caranya, ikuti panduan ini:
  • Bersihkan wajah dengan tuala yang telah dibasahi air suam untuk membuka liang-liang roma.
  • Campurkan madu dengan oat lalu sapukan ke seluruh permukaan wajah.
  • Biarkan sekitar 15-30 minit.
  • Cuci dengan air suam kemudian diikuti dengan air sejuk untuk menutup kembali liang-liang roma.
Sumber : Mingguan Wanita

Saturday, March 24, 2012

Atasi Tekanan Minda

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt…
Di dalam dunia yang serba pantas dan mencabar ini, manusia secara tidak langsung telah didorong untuk bekerja dengan lebih kuat agar lebih produktif, kompetitif dan sentiasa maju ke hadapan. Ini menimbulkan rasa ketegangan dan tekanan dalam minda dan jiwa. Akibatnya manusia akan merasa rendah diri, hilang pertimbangan, luruh keyakinan, tidak bersemangat, mudah dirundung gelisah,kesedihan dan mengalami kelesuan. Beberapa usaha berikut dapat mereda ketegangan yang dihadapi, antaranya :
1. Bersikap realistik terhadap pekerjaan/tanggungjawab anda;
Akui kekuatan dan kelemahan diri. Sentiasa berfikiran positif. Cuba melakukan yang terbaik di dalam pekerjaan. Memupuk sikap seronok bekerja/belajar.
2. Merancang kerja anda;
Kendali masa anda dengan baik. Beri keutamaan pada kerja yang penting. Jangan bertangguh. Elakkan daripada membawa kerja pulang ke rumah. Jika anda seorang pelajar, kerja rumah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, cuba habiskan kerja rumah anda pada masa lapang di sekolah. Mengagihkan kerja dengan baik.
3. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah;
Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik. Senaraikan semua masalah mengikut keutamaan dan langkah-langkah mengatasinya. Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian. Ambil tindakan secara wajar.
4. Menerima sebarang perubahan dengan sikap yang wajar;
Sentiasa bersikap terbuka terhadap apa jua perubahan yang berlaku. Bersikap realistik terhadap segala perubahan dan mampu menerima keadaan yang di luar kawalan anda. Bersikap positif dalam persekitaran yang mencabar.
5. Amalkan komunikasi yang berkesan;
Biarlah bersikap lembut tetapi tegas daripada bersikap agresif. Luahkan pendapat anda dengan sopan, tegas, dan jelas. Hormatilah pandangan rakan anda.
6. Semaikan semangat bermasyarakat;
Jalinkan persahabatan dengan rakan-rakan anda. Senaraikan individu dan organisasi yang mampu membantu anda menangani sebarang masalah. Berkongsi masalah anda dengan mereka yang sedia mendengar dan boleh mempercayai. Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.
7. Amalkan cara hidup sihat;
Luangkan masa untuk berehat dan bertenang. Amalkan bersenam, pemakanan yang sihat, tidur yang mencukupi. Jangan merokok, jauhi diri dari arak dan dadah. Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama.
Wallahu A’lam….
Sumber : Ibni Ismail

Wednesday, March 21, 2012

Rawatan Kulit

Secara umumnya wanita harus menjaga kulitnya dari berbagai gangguan. Tindakan yang patut dilakukan adalah berikut:

• Cuci tangan sehingga bersih sebelum menyentuh wajah anda
• Lakukan cleansing kulit wajah pada pagi dan malam hari. Perlu dilakukan di malam hari – meskipun anda tidak bersolek, kerana wajah mudah dinodai oleh debu. Perlu juga dilakukan pada pagi hari, kerana kulit anda mengeluarkan lemak dan kotoran pada malam hari.
• Di malam hari, luangkan waktu untuk memijat kulit untuk menstimulasi sirkulasi pertukaran sel-sel pada kulit. Pijatan lembut selama 2 minit boleh menghilangkan keletihan, menyantaikan wajah dan memberi kecerahan kulit.
• Banyaklah minum air kosong. 

Untuk kulit kering:
•  Berilah kesenangan setiap saat.
• Ubah jenis produk perawatan kulit sesuai musim, iklim, dan gaya hidup Anda: lingkungan ber-AC, kehidupan di alam terbuka
•  Mulailah menggunakan produk perawatan anti-aging, segera setelah tanda penuaan muncul. Hal ini kerap terjadi lebih cepat untuk jenis kulit Anda (utamanya di area sekitar mata)
•  Hindari mandi dengan air panas, ada baiknya memakai bath oil

Untuk kulit sensitif:
• Hangatkan dulu produk perawatan di genggaman tangan sebelum Anda memakainya. Lakukan perawatan kulit tanpa menggosok
• Sebaiknya gunakan jari jemari daripada kapas muka, kain atau tisu.
• Gunakan penyembur air, jangan membasuh melalui keran air. 

Untuk kulit matang:
•  Pilihlah produk perawatan kulit anti-aging tergantung pada keadaan kulit, keperluan dan musim.
• Leher, mata, dan tangan Anda boleh mencacatkan keindahan penampilan, jadi imbangi mereka dengan perhatian yang lebih.
• Di setiap pagi yang menyulitkan, janganlah ragu buat menggunakan produk kecantikan yang sesuai, yang boleh melembutkan permukaan kulit.
• Sering terdedah kepada sinaran UV, boleh menyebabkan kedut dan noda di kulit. 

Untuk kulit berminyak :
• Lindungi dirimu dari sinar matahari langsung, dan penimbunan lemak di kulit wajah
• Jangan memicit jerawat 
• Lakukan perawatan peeling pada wajah sekali hingga tiga kali seminggu.


Tip Kecantikan

1.  Elakkan terdedah kepada pancaran cahaya matahari. 
2.  Elakkan kulit daripada terkena bahan kecantikan yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi seperti steroids, kortisones dan hydroquinone.
3.  Untuk kulit muka sensitif, kisar timun dan tempekkan dimuka sebagai masker. Biar 20 minit dan bilas. 
4.  Amalkan cucian berganda (double cleansing) untuk kulit berminyak. 
5.  Jika guna alat solek, cuci dengan pembersih susu (cleansing milk) dahulu kemudian gunakan pembersih seperti biasa. 
6.  Pentingkan kebersihan diri. 
7.  Amalkan gaya hidup sihat.


'bawal' day.. hahaha

Sila klik "older post" untuk melihat entry sebelumnya

Terima Kasih