Secara umumnya wanita harus menjaga kulitnya dari berbagai gangguan. Tindakan yang patut dilakukan adalah berikut:
• Cuci tangan sehingga bersih sebelum menyentuh wajah anda
• Lakukan cleansing kulit wajah pada pagi dan malam hari. Perlu dilakukan di malam hari – meskipun anda tidak bersolek, kerana wajah mudah dinodai oleh debu. Perlu juga dilakukan pada pagi hari, kerana kulit anda mengeluarkan lemak dan kotoran pada malam hari.
• Di malam hari, luangkan waktu untuk memijat kulit untuk menstimulasi sirkulasi pertukaran sel-sel pada kulit. Pijatan lembut selama 2 minit boleh menghilangkan keletihan, menyantaikan wajah dan memberi kecerahan kulit.
• Banyaklah minum air kosong.
Untuk kulit kering:
• Berilah kesenangan setiap saat.
• Ubah jenis produk perawatan kulit sesuai musim, iklim, dan gaya hidup Anda: lingkungan ber-AC, kehidupan di alam terbuka
• Mulailah menggunakan produk perawatan anti-aging, segera setelah tanda penuaan muncul. Hal ini kerap terjadi lebih cepat untuk jenis kulit Anda (utamanya di area sekitar mata)
• Hindari mandi dengan air panas, ada baiknya memakai bath oil
Untuk kulit sensitif:
• Hangatkan dulu produk perawatan di genggaman tangan sebelum Anda memakainya. Lakukan perawatan kulit tanpa menggosok
• Sebaiknya gunakan jari jemari daripada kapas muka, kain atau tisu.
• Gunakan penyembur air, jangan membasuh melalui keran air.
Untuk kulit matang:
• Pilihlah produk perawatan kulit anti-aging tergantung pada keadaan kulit, keperluan dan musim.
• Leher, mata, dan tangan Anda boleh mencacatkan keindahan penampilan, jadi imbangi mereka dengan perhatian yang lebih.
• Di setiap pagi yang menyulitkan, janganlah ragu buat menggunakan produk kecantikan yang sesuai, yang boleh melembutkan permukaan kulit.
• Sering terdedah kepada sinaran UV, boleh menyebabkan kedut dan noda di kulit.
Untuk kulit berminyak :
• Lindungi dirimu dari sinar matahari langsung, dan penimbunan lemak di kulit wajah
• Jangan memicit jerawat
• Lakukan perawatan peeling pada wajah sekali hingga tiga kali seminggu.
Tip Kecantikan
1. Elakkan terdedah kepada pancaran cahaya matahari.
2. Elakkan kulit daripada terkena bahan kecantikan yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi seperti steroids, kortisones dan hydroquinone.
3. Untuk kulit muka sensitif, kisar timun dan tempekkan dimuka sebagai masker. Biar 20 minit dan bilas.
4. Amalkan cucian berganda (double cleansing) untuk kulit berminyak.
5. Jika guna alat solek, cuci dengan pembersih susu (cleansing milk) dahulu kemudian gunakan pembersih seperti biasa.
6. Pentingkan kebersihan diri.
7. Amalkan gaya hidup sihat.
'bawal' day.. hahaha

2 comments:
cntik ^^
tQ dya.. :) dya lg cantik..
Post a Comment
Thank You.. :)