Sunday, June 24, 2012

Kuala Gandah, Elephant Orphanage Santuary



Salam,

Minggu ini saya sekeluarga ke Kuala Gandah, biasalah melayan anak-anak, lagipun dah lama tak spend time macam ni dengan keluarga. Seronok juga, tapi cuaca memang panas terik, banyak aktiviti tak dapat di buat melainkan duduk dan lihat dari pondok yang disediakan. Berpeluh-peluh. 

Bagi sesiapa yang teringin nak ke sini, jangan bimbang tiada caj masuk dikenakan.  Korang hanya perlu datang dan daftar awal untuk mendapatkan pelekat berwarna. Hanya pelekat berwarna kuning saja yang dibenarkan melakukan aktiviti bersama gajah. Tak rugi untuk korang datang ke sini, banyak info & cerita tentang gajah-gajah di sini. 

Pusat ini di buka dari 1989 bermula dengan 4 ekor gajah sahaja dan hingga ke hari ini sudah terdapat 26 ekor gajah. Jom kita enjoy dengan gambar yang saya sediakan.

entry

pandan (dan) & langsat (cat)

makan time


60% pelancong dari luar negara

persembahan bermula

tanda ucapan terima kasih kepada pelancong yang datang


menunggang gajah

Sebenarnya selepas aktiviti menunggang gajah ada lagi aktiviti lain iaitu mandi bersama gajah. Tapi tak dapat kami teruskan masa terhad, lepas ni nak ke DEERLAND pula. :)

2 comments:

Anonymous said...

wahhh, mesti best kalau dapat naik gajah tu kan. :)

Sheila Nasir said...

Rara Nasiha : best tp agak menakutkan..

Post a Comment

Thank You.. :)

Sila klik "older post" untuk melihat entry sebelumnya

Terima Kasih