Salam,
Tak ada apa menarik sangat yang nak di kongsikan dengan korang, percutian ni sebenarnya tak dirancang pun, mak & ayah mertua yang nak pergi coz nak melawat waris2 diorang kat sana tapi last minit semua pun nak pergi, maklumlah dengar nak ke Kelantan, faham2 je la kan.. Kami telah pergi selama 2 hari.
Kami bertolak pada pukul 3 pagi yang mana semuanya kena berkumpul dekat rumah kak long, mengantuk tak payah nak cerita lah, tgh syiok-syiok tidur, alarm berbunyi kat tepi telinga, kena bangun & bersiap.. aduhh mmg liat lah, nak tak nak kena juga kan. Dalam perjalanan tak ada apa yang boleh dibuat pun melainkan sambung balik tidur yang tadi, tak sedar ke apa sampai lah pagi, berhenti sekejap di Merapoh untuk solat & sarapan.
Kalau korang nak tahu saya ni pemabuk orang nya, awal2 dah telan ubat mabuk tu pasal tidur macam orang tak sedar diri. Hehehe mengalahkan budak-budak je, ape boleh buat dah dapat sindrom 'Mabuk' tu dari kecik.
Ok! dah siap solat & sarapan kami teruskan perjalanan.
Kami dah hampir sampai tapi yang lawaknya hampir 1 jam kami sesat jalan, nama kampung tu Kg. Jejulok, tapi masalahnya dalam GPS pun tak jumpa. Hehehe masing-masing ingat2 lupa jalan nak ke sana, mana tak nya dah hampir 5 tahun tak balik ke kampung, dah banyak perubahan. (hehehe, alasan padahal memang tak ingat pun).
Finally, sampai juga. :) Wahhh, perjalanan yang amat memenatkan, tak sabar nak masuk rumah mandi dan baring, sampai kebas punggung 8 jam duduk dalam kereta. Yeah, inilah kampung hubby saya, kami menumpang bermalam di sini. 1st time saya datang sini tau, seronok juga lah sebab ahli keluarga mereka sangat baik & peramah, jadinya tak ada lah kekok sangat.
Haa ni lah dia keseronokan yang ada kat kampung, suasana yang nyaman, tapi bising dengan bunyi kambing. Hehehe



Bagi yang lelaki, aktivitinya adalah pusing2 kampung. Siap pinjam basikal orang lagi.


Ok! ni pula aktiviti petang kami. Tau tak kat mana ni ?? Hmm mana lagi kalau tak kat Pasar Besar Siti Khadijah, yang tak pernah pergi tu ni nak cite sket (cit! bajet selalu pergi) pasar ni lebih kurang Pasar Besar Payang Terengganu lah, macam-macam ada jual. Makanan, barangan dapur, pakaian & banyak lah. Korang pergi sendiri lah nanti ok.

Sotong kering bakar!
Singgah beli air jap. Dahaga tak terhingga, walaupun dah hampir senja tapi cuaca memang panas.

di Kelantan masih lagi guna mesin ni untuk bayar parking.


Hehe.. tempat paling digemari oleh sesiapa saja yang datang ke Kelantan, termasuk lah kami, dari rumah lagi dah macam-macam yang terfikir dalam kepala ni apa yang nak di beli.
Sepanjang perjalanan ke Rantau Panjang, kiri kanan jalan semuanya sawah padi. View yang sangat cantik.
Yihaaa!! dah sampai.

Arghhhh!! budak Thailand mana sesat ni. Hehe..

Hok alo comey gak mek ni.. Haha berbelit-belit lidah datang ke sini.


Awesome lah.. Budak dua orang sebenar dah mengantuk, tp mama & babah tak habis-habis bershopping.


Dah habis tawaf Rantau Panjang tu, penat beb! Berpeluh2! Tapi yang paling tak sangka tak banyak barang pun dapat beli kat sana, tau sebab apa?? sebabnya terlampau banyak barang sampaikan tak tahu nak beli apa. Tapi jadi lah, dapat beli untuk diri sendiri sikit anak2 & cenderahati tuk family kat rumah pun dah kira ok. So dah siap2 susun barang dalam bonet, kami pun bersiap sedia tuk gerak pulang.

Persinggahan terakhir kami di Hentian Gua Musang, berhenti solat maghrib & makan malam. Semuanya dah beres kami pun meneruskan perjalanan balik. Sampai di rumah dah pukul 1 pagi, mandi & terus tidur. Barang-barang biar lantak berterabur dulu, tak ada hati nak mengemas lagi. Hehehe..
Ok.. Bye2.. :)

3 comments:
Rindunya nak balik Klate ~.~
bejalan sakan yek cik kak...extually akk ni jenis mabuk ek nek kete..akk reti drive kete x? klu xreti try blaja kete sure xmabuk da..cm sy dulu..huhuhuiii..
Lia Fen : akak boleh drive tp tu lah, ble duk sebelah mabuk, ble bawa tak plak mabuk.. hehe
Post a Comment
Thank You.. :)