Showing posts with label Untitled. Show all posts
Showing posts with label Untitled. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Seindah Sakura



Salam,

Dengar tajuk pun macam drama SEINDAH SAKURA slot Akasia TV3. Ramai yang suka kan. Hehe, ni bukan nak cerita pasal drama tu ye. Saya nak cerita pasal pokok yang seperti gambar di atas. Gambar ni saya ambil ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Sempat lagi singgah di tepi jalan dan ambil gambar. Berangan kejap macam duduk Jepun. Hehe

Apa yang menariknya tentang pokok ini? 

Pokok ini  mengeluarkan bunga yang sangat cantik dan lebat, berwarna pink dan putih. kebanyakkan pokok ini ditanam di tepi-tepi jalan sebagai peneduh dan hiasan. Pokok ini diberi nama TABEBUIA, TECOMA atau TRUMPET kerana bunganya yang seakan-akan alat muzik itu. Hehe macam ahli saintis pula hari ini. Ok, teruskan. Terdapat banyak spesis Tabebuia ini. Ia merupakan spesis tumbuhan asli Mexica sehingga bahagian utara benua Amerika Selatan. Emm bukan selalu dapat tengok pokok ini mengeluarkan bunga tau. Hanya 1 tahun sekali iaitu pada musim panas. Autumn in Temerloh la konon. Ia juga membiak melalui biji benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Kalau berminat nak tanam jangan tanam di tepi longkang atau di tepi rumah ye sebab akar pokok ini boleh memecahkan struktur konkrit. Nanti kang habis retak rumah korang.

Ok lah cukup saya merepek untuk kali ini. Harap korang dapat info baru yang tak pernah tahu sebelum ini. (macam sendiri tahu je). Bye! Selamat Berpuasa hari ke-6.

Thursday, July 12, 2012

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Tahun 1433H / 2012



Salam,

Hmm tinggal beberapa hari je lagi seluruh umat islam akan menunaikan ibadah puasa.  Semoga Ramadhan kali ini akan memberi hidayah pada hidup seharian kita. hehe. Harapan tahun ni moga dapatlah berpuasa penuh. Mana tau kan. Kuasa Allah SWT. Tapi satu masalah, sahur memang fail lah, tak boleh nak makan pagi-pagi buta, selalu sakit perut. Cuma bangun untuk sediakan makanan untuk suami je. Yang seronoknya boleh balik kerja awal dari biasa, bolehlah prepare juadah yang best-best untuk berbuka. Yeah! 

Ok, kat bawah ni ada jadual puasa bagi Negeri Pahang Zon 3. Jadi dikesempatan ini nak saya ucapkan selamat BERPUASA & BERBUKA. Puasa jangan tak puasa. hehe

P/S : Bagi negeri / zon lain. Boleh dapatkan di sini JADUAL WAKTU BERBUKA & IMSAK 2012 




Sila klik "older post" untuk melihat entry sebelumnya

Terima Kasih