Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, November 2, 2012

Awas Lelaki !!


Dalam mendampingi dan menambat hati wanita pujaan anda, kaum lelaki perlu menjauhi sikap ini. Ia bukan saja tidak disukai oleh mereka malah boleh melukakan hati. Jika anda punya sikap ini maka belajarlah untuk mengikisnya bermula dari sekarang.

Panas baran
Jarang sekali sikap ini dikaitkan dengan wanita. Tidak cukup dengan kata-kata biasanya sikap panas baran ini meliputi dengan perbuatan seperti, menampar, memukul, menerajang dan sebagainya. Kebanyakan perbuatan begini membuatkan wanita trauma dan fobia malah timbul rasa benci. Sebaiknya kawal diri kerana pasangan adalah untuk disayangi dan bukannya menjadi mangsa sepak terajang.

Terlalu mengongkong
Mungkin kita pernah mendengar cerita bahawa lelaki suka mengongkong. Baik dari segi pergerakan, pergaulan, pakaian dan sebagainya. Sikap begini membuatkan wanita cepat bosan dan mungkin anda akan ditinggalkan.

Egoistik
Tidak hanya panas baran tetapi lelaki juga dikenali dengan sikap egonya. Biasanya sikap ini terserlah apabila memberi pendapat. Lelaki ego merasakan idea mereka adalah hebat manakala idea orang lain semuanya tidak berguna. Begitu juga kalau bergaduh, lelaki ego biasanya tidak mahu mengalah atau memujuk sebaliknya merasakan diri mereka betul selalu.

Pantang melihat wanita cantik
Pasti anda pernah bergaduh dengan pasangan perihal hal yang satu ini. Lelaki umumnya tidak pernah puas dengan satu pasangan. Biar sudah ada pasangan yang cantik, mereka tetap akan melirik pada yang lebih cantik.

Curang
Perbuatan ini sukar dimaafkan. Ramai yang curang pada pasangan baik ketika sedang bercinta mahu pun sesudah perkahwinan. Tidak kira lelaki mahu pun perempuan, perbuatan yang satu ini sukar dimaafkan dan ia lebih sukar jika dilakukan oleh lelaki yang sudah berkahwin.

Tidak sensitif
Ramai pasangan yang bergaduh kerana ketidaksefahaman. Kata mereka, lelaki biasanya kurang sensitif dan kurang memahami kehendak wanita. Sebaiknya, apabila anda sudah bertemu Mrs Right, jagalah ia sebaik mungkin kerana anda mungkin tidak boleh bertemu yang lebih baik darinya lagi.

Lebihkan kawan-kawan
Jom tengok bola. Jom memancing. Itu antara hobi lelaki dan biasanya mereka jarang menolak ajakan kawan-kawan yang ‘sekepala’. Yang makan hati biasanya pasangan mereka. Demi menjaga hubungan, sebaiknya toleransilah hal ini dengan pasangan kerana tidak rugi jika anda berbuat demikian.


Makanan kesihatan baik untuk lelaki

1 Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup (penyejuk badan).

2 Buah Kurma
Nabi bersabda rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3 Buah Tin
Buah dari syurga, boleh merawat buasir.

4 Buah Anggur
Nabi suka buah anggur. Dapat membersihkan darah, dapat menguatkan buah pinggang serta dapat membersihkan perut.

5 Madu
Dikatakan makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mampu mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, dapat membuka selera makan, menguatkan perut dan membuang kahak. Elok diminum di waktu pagi dengan air suam.

7 Susu
Baik untuk membuang panas badan. Ianya juga dapat menguatkan bahagian belakang badan, memperbaiki otak dan pandangan mata.

Sumber : Mingguan Wanita

Thursday, April 26, 2012

Pelengkap Bibir


Gincu atau lipstik antara salah satu alat kosmetik yang jarang sekali ditinggalkan wanita tatkala melangkah keluar dari rumah. Ia merupakan sebahagian daripada fesyen wanita yang cukup penting untuk menyerlahkan lagi penampilan.

Sama ada ketika sedang sibuk mahupun bersantai mengenakan solekan, gincu tidak pernah dilupakan. Memandangkan setiap wanita memiliki minat dan cita rasa tersendiri, terdapat banyak jenis gincu yang tersedia untuk dibeli. Pun begitu selain memilih gincu berdasarkan warna perhatikan juga aspek lain. 

Bagaimana pun anda masih boleh mendapatkan bentuk bibir yang menarik dengan penggunaan beberapa alat kosmetik dan juga panduan berikut:

Lip Balm

Mulakan pemakaian lip balm di bahagian bibir tapi elakkan jenis yang berminyak, sebaliknya pilih jenis yang boleh bertahan lama.

Concealer

Sapukan concealer di sepanjang garisan bibir. Selepas itu, ratakan ia ke atas dan ke luar bagi memastikan bibir anda nampak lebih menonjol.

Lip Liner

Bagi memastikan bentuk bibir lebih penuh, gariskan di sepanjang garis bibir atau sedikit di luarnya (jangan terlalu banyak) dengan menggunakan pensel bibir warna merah jambu. Pastikan ia dilakukan di seluruh bahagian bibir. Pensel bibir memiliki daya tahan lebih lama jika dibandingkan dengan gincu dan pengilat bibir.

Gincu Dan Pengilat Bibir

Gunakan gincu bibir jenis berkilat untuk memberikan sentuhan akhir di bibir. Pilih nuansa warna yang tidak terlalu terang dan juga tidak terlalu gelap. Untuk kesan lebih menarik dan bibir nampak lebih penuh, sapukan pengilat bibir jenis shimmer pada bahagian bibir.

Tuesday, April 3, 2012

Kurang Air Jejas Emosi


Menjaga keperluan air di dalam tubuh bukan hanya sekadar saranan semata-mata, tetapi ia mempunyai manfaat tersendiri.  Bagi anda yang sering menahan dahaga, sebaiknya cuba jauhi kebiasaan tersebut.

Ini kerana, melalui sebuah kajian di Amerika's University Connecticut mendapati bahawa dehidrasi ringan boleh mempengaruhi emosi, tenaga dan kemampuan seseorang untuk berfikir secara waras.

Dehidrasi ringan selepas melakukan aktiviti fizikal, baik tempoh berjalan kaki selama 40 minit, mahupun duduk tanpa minum air dalam tempoh yang lama, boleh memberi kesan buruk yang sama.

Rasa haus memang akan berlaku setelah tubuh kekurangan air sekitar 1 hingga 2 peratus.  Namun, ketika sudah mencapai titik tersebut sebenarnya, tanpa disedari dehidrasi sudah mempengaruhi prestasi tubuh dan fikiran.

Dehidrasi ringan bagi wanita boleh menyebabkan kelelahan dan pening kepala, sehingga sukar unutk memberi tumpuan.  Sementara itu, bagi lelaki pula hidrasi ringan akan membuat beberapa kesukaran dalam menjalani tugas-tugas yang berhubungan dengan mental, khususnya pada aspek displin dan memori, serta rentan mengalami keletihan, ketegangan dan kebimbangan.

Demi menjaga kecukupan air di dalam tubuh, para pakar mencadangkan untuk minum air sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari.  Selain daripada itu, tambahkan pengambilan buah-buahan yang mengandungi banyak air.

Friday, March 30, 2012

Hutang

KEADAAN umat Islam semakin memilukan apabila aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini. Ia mungkin tidak pelik bagi yang tidak berkemampuan, tetapi menjadi kaedah dan teknik terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan serta mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu.

Maka lahirlah ramai individu yang mampu membuat pembayaran secara tunai tetapi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah, iaitu jika membayar secara tunai mereka akan rugi.
Ini satu fenomena kurang sihat, tapi dianggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat mengenai bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramai peminjam enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta dan syarikat mereka hingga ada yang lebih rela diisytiharkan muflis asalkan tidak perlu membayar hutang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.


Minggu ini, sama-sama kita pelajari pandangan Islam dalam hal hutang. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Riwayat Muslim, 6/38)


Lebih buruk lagi, ada individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana sabda Rasulullah: “Barang siapa meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah akan merugikannya.” (Riwayat Al-Bukhari, 2/83)

Baginda kerap mengajar umat Islam supaya berdoa dilepaskan daripada hutang: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.” Lalu baginda ditanya: “Mengapa engkau sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.” (Riwayat Al-Bukhar, 1/214)

Ada juga dalam sebuah hadis lain, ertinya: “Ya Allah, aku berlindung daripada kekufuran dan hutang.” Mendengar itu, seseorang bertanya, “Apakah engkau menyamakan kekufuran dengan hutang, wahai Rasulullah?” “Benar,” jawab Rasulullah. (Riwayat An-Nasaie, 2/316; Ahmad 3/38; Al-Hakim berkata sahih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani: Dhoif)

Ini jelas aktiviti berhutang kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh.

Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan. Ia seperti berikut:

1. Kad kredit : Jauhkan diri daripada menggunakan kad kredit. Selain isu riba yang hampir dengan kad kredit, ia menggalakkan hutang secara berlebihan. Malah, jika seseorang ingin menggunakannya, dinasihatkan supaya digunakan untuk memudahkan urusan pada saat yang benar-benar terdesak. Adalah lebih baik menggunakan ‘charge card’ atau ‘debit card’ saja. Jauhkan diri daripada ketagihan penggunaan kad kredit.

2. Pinjaman peribadi : Ini satu lagi produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Perlu disedari, seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional diharamkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma hari ini, ada beberapa bank Islam dan perbankan Islam menawarkan pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam.

Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep ‘bai inah’ (jual dan beli semula antara dua pihak sama). Konsep ini sangat kontroversi dan ditolak kebanyakan ulama Timur Tengah, namun ia diterima ulama Malaysia dan Brunei.

Apapun, kebiasaannya kadar dikenakan tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang sangat mendesak perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.

3. Perumahan dan kereta : Dua item ini mungkin keperluan asas bagi kebanyakan individu. Bagi saya, seelok-eloknya hutang peribadi kita dihadkan kepada dua jenis ini saja. Itupun mesti menilai kemampuan kewangan dengan sebaik-baiknya supaya tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional disepakati haram oleh seluruh ulama dunia.

4. Umrah dan haji sunat (kali kedua) : Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan daripada segi fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanya sekali. Justeru, umat Islam perlu memahami keutamaan atau ‘awlawiyyat’ di dalam pengendalian wang peribadi.

Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukkan untuk ke umrah dan haji kali kedua lebih baik dan besar pahalanya jika disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi.

Malangnya, ketidakfahaman umat Islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

Sumber : Harian Metro Online



Friday, March 16, 2012

Ulser Menyerang Lagi


Pernahkah anda merasa perit dan sakit di bahagian dalam pipi atau di bawah bibir? Apabila anda memeriksa dengan menggunakan cermin muka, anda akan melihat satu tompokan putih. Ibu akan menasihatkan supaya anda meletakkan secubit garam pada bahagian itu supaya ia cepat sembuh.

Tompokan putih itu ialah sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita. Tompokan itu dinamakan ulser mulut. Selain bahagian pipi, lidah juga mudah mendapat ulser. Rasa sakitnya menyebabkan anda hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas. Malahan sukar untuk bertutur.

Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya.

Ulser juga boleh timbul kerana kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor. Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas mendapat rawatan.

Ulser boleh dirawat dengan meletakkan garam ke atas tompokan putih tadi. Awas! cara ini amat menyakitkan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di kedai farmasi. 
Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubt kumur antibakteria. Tetapi cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan petua berikut: 

a.
Banyak minum air suam.
b.
Berehat dan tidur dengan cukup.
c.
Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.
d.
Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin c.


PROF. DR. RAHIMAH ABD KADIR


Ermmm, amacam dah baca artikel kt atas.. artikel yang sangat bagus kan.... tapi tu la, takkan sanggupnya saya nak kumur dengan air garam.. huhhhh.. tak dapat nak gambarkan pedihnya tu.. Untuk mengelakkan rasa pedih tu, saya beli Bonjela Gel ni kat farmasi, so tunggu je la ulser ni hilang.. :( 

Kulit Cantik

Siapa yang tidak inginkan kulit yang cantik, sihat dan segar? Pemilihan sabun yang betul dan sesuai adalah amat penting dalam penjagaan kulit. Oleh itu, pilihlah sabun yang berkualiti dan sesuai dengan kulit anda. Jika sabun yang digunakan tidak berkualiti, pasti ada di antaranya yang menyebabkan kulit kering dan alahan.

Jika anda tidak membilas sabun dengan bersih selepas menggunakannya, ia akan menyebabkan kulit menjadi kering dan berlakunya iritasi. Selain itu, ia turut menutup pori-pori dalam jangkawaktu panjang.

Jika kulit anda terlalu kering, pilihlah sabun yang mengandungi formula gliserin, petroleum dan beeswax kerana ketiga-tiga bahan itu boleh membantu melindungi dan mencegah kulit dari iritasi dan jerawat. Selain itu, sabun yang mengandungi rumusan bahan semulajadi, misalnya oren, limau, anggur dan timun juga baik untuk kulit.

Anda juga perlu tahu jenis-jenis sabun yang perlu dielakkan yang menggunakan formula-formula berikut :

1. Sodium Hydroxide & Alkaline - menyebabkan kulit mengalami iritasi dan kering.

2. Anti Bacterial Formula - hanya membersihkan bahagian luar tetapi tidak mematikan kuman dan bakteria yang ada pada jerawat.

3. Lemak Haiwan - mengakibatkan jerawat.

4. PH di atas 7 - meningkatkan kewujudan Propionobacteria - sejenis bakteria penyebab jerawat.



Sebagai pengguna, anda perlu bijak memilih serta mengenali sabun dan fungsinya seperti berikut:

Acne Soap - Sabun ini dikhususkan untuk membunuh bakteria-bakteria pada jerawat. Sabun ini mudah mengakibatkan kulit kering. Sebaiknya, sapukan pelembap atau losyen selepas menggunakannya.

Cosmetics Soap atau Bar Cleanser - Biasanya banyak dijual digerai kecantikan. Cosmetic soap memfokuskan formulanya untuk memberi hasil tertentu, seperti pada whitening facial soap dan firming facial soap.

Natural Soap - Sabun yang mengandungi rumusan semulajadi ini memiliki formula yang sangat lengkap seperti vitamin, ekstrak buah, ekstrak bunga, aloe vera dan minyak essential. Sesuai untuk semua jenis kulit dan kebarangkalian membahayakan kulit sangat kecil.

Deodorant Soap - Sabun ini bersifat aktif untuk menghilangkan bau kurang enak pada bahagian tubuh. Ia juga sesuai digunakan bagi mereka yang sentiasa menjalani kehidupan aktif. Anda tidak boleh menggunakan sabun ini pada kulit wajah kerana ia memiliki kandungan yang cukup keras yang dapat menyebabkan kulit mengalami alahan.

Umur kita semakin meningkat. Jesteru itu, penjaga kesihatan perlu diutamakan untuk menjadi anda wanita istimewa.


kat Office.. gambar tak berapa clear cOz pakai hp camera je.. :)

Sunday, February 12, 2012

Mystery Or Reality ?

Salam..

ceritanya begini.. mlm td sy mengalami kejutan kecil elektrik & secara mengeluarkan percikan cahaya api msa nk mendukung Cacha (anak kedua), sgt terkejut & takut.. sebelum ni pernah 5 - 6 kali terjadi pd sy tp tk pernah lg sy nampak percikan api mcm yg trjdi mlm td.. dlm ketakutan tu sy tertanya2 knpa dgn diri saya? bg Org yg tk pernah alami mst fikir sy hanya mereka2 cerita.. tp ini adalah kenyataan yg mmg trjadi pd sy.. Pada esOk hri sy cari artikel ttg kes ni & akhirnya jumpa.. 

Petikan dr Kosmo Online 


SUFFIAN BAKHTIAR memang terkenal dengan sifat periang dan penuh kejutan oleh rakan-rakannya. Tetapi akhir-akhir ini Suffian, 42, menyedari yang dia memang benar-benar boleh mengejutkan rakannya iaitu dengan kejutan elektrik!
Bukan sekali dua dan bukan seorang dua yang pernah mengadu mereka disengat elektrik ringan kala tersentuh lengannya. Ia dapat dilihat apabila rakannya serta-merta menarik tangan mereka.
Adakalanya Suffian turut merasai renjatan itu apabila rakannya menyentuhnya. Dia juga mengakui pernah mengalami kejutan elektrik apabila menyentuh objek besi di pejabatnya.
Sungguhpun tidak terjadi setiap kali bersentuhan, Suffian mula bimbang apabila anak perempuannya mengadu adakalanya ‘sakit’ saat tersentuh tangannya.
Suffian terfikir apakah yang tidak kena pada dirinya? Adakah ia berbahaya jika dibiarkan?
Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf (Neurosurgeri), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Azmi Alias berkata, memang terdapat sistem elektrik di dalam tubuh manusia. Bahkan, jelasnya, tubuh manusia merupakan sistem elektrik paling canggih dan kompleks berbanding semua perkakasan elektronik di dunia.
Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila rangsangan diberikan.
Cas
Asasnya, sistem saraf terbentuk daripada neuron-neuron.
Saraf diselaputi membran dan pada dalam serta luar saraf terdapat cecair yang mengandungi bahan bercas. Mineral dalam tubuh, potasium dan sodium misalnya membawa cas positif dan kolorida membawa cas negatif.
“Dalam keadaan normal, cas lebih negatif terdapat di dalam saraf berbanding di luar saraf. Apabila berlaku rangsangan, keseimbangan itu berubah dan cas positif memasuki ke dalam saraf. Daripada reseptor ia dibawa ke otak melalui saraf tunjang dan saraf periferi,” katanya ketika ditemui Jurnal di HKL baru-baru ini.
Berbalik kepada masalah Suffian tadi, Azmi berkata, tubuh manusia merupakan konduktor elektrik dan boleh menjana tenaga elektrik namun pada jumlah voltan yang terlalu kecil.
Tenaga elektrik yang terhasil disebut elektrik statik kerana ia tidak mampu mencetuskan renjatan yang besar seperti barangan elektrik.
“Apabila seorang manusia menyentuh manusia yang lain, manusia yang mempunyai banyak cas negatif akan melantunkan cas negatifnya sekali gus mencetuskan renjatan kecil kepada manusia yang mempunyai cas pada bilangan normal atau kurang negatif.
“Begitu juga jika manusia yang mengumpul banyak cas negatif itu menyentuh objek bukan elektrik yang neutral atau positif seperti besi, dia juga boleh mendapat renjatan elektrik.
“Namun, ini sebenarnya fenomena biasa dan bukannya penyakit. Ia bukan satu kuasa atau ciri seorang adiwira. Ia sebenarnya satu situasi yang berlaku dengan bantuan persekitaran dan tabiat manusia itu sendiri,” ujarnya.
Tabiat dan suhu
Jelasnya, seseorang manusia itu dapat mengumpul lebih banyak cas negatif menerusi tabiatnya seperti gemar melakukan gesekan sama ada ketika berjalan atau duduk.
“Kulit tubuh yang bergesel dengan permukaan seperti kapas boleh menyebabkan cas negatif lebih banyak diperolehi. Ini kerana kulit manusia boleh menghasilkan tindak balas kulit galvanic apabila berlaku aruhan elektrik statik kerana tindakan seperti geselan.

“Begitu juga tabiat berjalan secara bergesek atau duduk sambil menggosok kaki atau kasut di atas permaidani yang diperbuat daripada kapas,” ujarnya.
“Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan,” katanya.
Ditanya mengapa kejadian itu banyak melibatkan kawasan lengan, Azmi berkata, ia mungkin disebabkan di kawasan siku terdapat saraf ulna yang bersifat superfisial kerana tidak terlindung oleh apa-apa otot.
Namun, jelas Azmi, bukanlah bermakna semua renjatan elektrik yang berlaku dalam tubuh badan manusia ialah normal atau bukan penyakit. Terdapat beberapa kondisi penyakit yang juga mampu mencetuskan renjatan seperti elektrik.
Penyakit
Pertama ialah sindrom carpal tunnel yang berlaku apabila berlaku tekanan pada saraf median di pergelangan tangan apabila laluan cas terganggu disebabkan pembesaran tisu. Ia boleh berlaku misalnya ketika seseorang wanita itu mengandung.
“Apabila berlaku keadaan ini, pesakit perlu ke hospital untuk melakukan ujian konduksi saraf di hospital. Jika perlu, pembedahan akan dilakukan.
Penyakit kedua ialah sakit tulang belakang cakera prolaps yang mana ceper tulang belakang yang terkeluar menekan saraf tunjang. Ia boleh menghasilkan renjatan elektrik yang dinamakan radiculopathy pada kedudukan badan tertentu.
“Dalam hal ini, renjatan elektrik biasanya berlaku apabila ceper tulang yang terkeluar menghala ke arah tepi. Jika terkeluar ke belakang atau ke dalam saraf tunjang ia boleh menyebabkan kebas dan lumpuh,” katanya. Jelas beliau, kondisi pergerakan ceper tulang ke tepi masih boleh dirawat dengan ubat.
Selain itu, penyakit yang boleh menyebabkan renjatan elektrik juga ialah trigeminal neuralgia yang disebabkan tekanan pada saraf trigeminal di otak. Ia menyebabkan wajah dirasakan seperti terkena panas atau renjatan elektrik apabila disentuh angin.
Penyakit sawan juga disifatkan sebagai penyakit elektrik kerana ia berlaku disebabkan gangguan pada saraf dalam otak dan mencetuskan reaksi seperti terkena renjatan elektrik.

Sila klik "older post" untuk melihat entry sebelumnya

Terima Kasih