Friday, November 2, 2012

Awas Lelaki !!


Dalam mendampingi dan menambat hati wanita pujaan anda, kaum lelaki perlu menjauhi sikap ini. Ia bukan saja tidak disukai oleh mereka malah boleh melukakan hati. Jika anda punya sikap ini maka belajarlah untuk mengikisnya bermula dari sekarang.

Panas baran
Jarang sekali sikap ini dikaitkan dengan wanita. Tidak cukup dengan kata-kata biasanya sikap panas baran ini meliputi dengan perbuatan seperti, menampar, memukul, menerajang dan sebagainya. Kebanyakan perbuatan begini membuatkan wanita trauma dan fobia malah timbul rasa benci. Sebaiknya kawal diri kerana pasangan adalah untuk disayangi dan bukannya menjadi mangsa sepak terajang.

Terlalu mengongkong
Mungkin kita pernah mendengar cerita bahawa lelaki suka mengongkong. Baik dari segi pergerakan, pergaulan, pakaian dan sebagainya. Sikap begini membuatkan wanita cepat bosan dan mungkin anda akan ditinggalkan.

Egoistik
Tidak hanya panas baran tetapi lelaki juga dikenali dengan sikap egonya. Biasanya sikap ini terserlah apabila memberi pendapat. Lelaki ego merasakan idea mereka adalah hebat manakala idea orang lain semuanya tidak berguna. Begitu juga kalau bergaduh, lelaki ego biasanya tidak mahu mengalah atau memujuk sebaliknya merasakan diri mereka betul selalu.

Pantang melihat wanita cantik
Pasti anda pernah bergaduh dengan pasangan perihal hal yang satu ini. Lelaki umumnya tidak pernah puas dengan satu pasangan. Biar sudah ada pasangan yang cantik, mereka tetap akan melirik pada yang lebih cantik.

Curang
Perbuatan ini sukar dimaafkan. Ramai yang curang pada pasangan baik ketika sedang bercinta mahu pun sesudah perkahwinan. Tidak kira lelaki mahu pun perempuan, perbuatan yang satu ini sukar dimaafkan dan ia lebih sukar jika dilakukan oleh lelaki yang sudah berkahwin.

Tidak sensitif
Ramai pasangan yang bergaduh kerana ketidaksefahaman. Kata mereka, lelaki biasanya kurang sensitif dan kurang memahami kehendak wanita. Sebaiknya, apabila anda sudah bertemu Mrs Right, jagalah ia sebaik mungkin kerana anda mungkin tidak boleh bertemu yang lebih baik darinya lagi.

Lebihkan kawan-kawan
Jom tengok bola. Jom memancing. Itu antara hobi lelaki dan biasanya mereka jarang menolak ajakan kawan-kawan yang ‘sekepala’. Yang makan hati biasanya pasangan mereka. Demi menjaga hubungan, sebaiknya toleransilah hal ini dengan pasangan kerana tidak rugi jika anda berbuat demikian.


Makanan kesihatan baik untuk lelaki

1 Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup (penyejuk badan).

2 Buah Kurma
Nabi bersabda rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3 Buah Tin
Buah dari syurga, boleh merawat buasir.

4 Buah Anggur
Nabi suka buah anggur. Dapat membersihkan darah, dapat menguatkan buah pinggang serta dapat membersihkan perut.

5 Madu
Dikatakan makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mampu mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, dapat membuka selera makan, menguatkan perut dan membuang kahak. Elok diminum di waktu pagi dengan air suam.

7 Susu
Baik untuk membuang panas badan. Ianya juga dapat menguatkan bahagian belakang badan, memperbaiki otak dan pandangan mata.

Sumber : Mingguan Wanita

2 comments:

abi.khairz said...

saya tkde sifat tu... kot...

zatty said...

Salam,
Suka dress lawa dengan harga yang sangat affordable. Jemputlah ke sini https://www.facebook.com/pages/Atie-House/150604348369323

Post a Comment

Thank You.. :)

Sila klik "older post" untuk melihat entry sebelumnya

Terima Kasih