Monday, May 7, 2012

Bukit Gambang, Kuantan : Part 1

Happy Holiday !! 

Tak cukup rasanya cuti 3 hari mana tak nya, kes rumah hari tu baru settle then nak kemas barang untuk pindah rumah tapi tetap juga nak pergi holiday.  

Plihan lokasi percutian kami di water theme park, tak jauh mana pun Bukit Gambang Water Park je ehehe, ini kali kedua pergi ke Bukit Gambang setelah 3 tahun tapi kali ini kami bermalam di Carribean Bay Resort bersebelahan dengan water park.  Cuaca agak kurang baik, dari pagi sampai ke tengahari asyik hujan je tapi Alhamdulillah dlm pukul 2pm hujan dah reda.

this is my mum.. kami baru je sampai.

langit nampak mendung je

peace.. kami gila lensa, ini adik perempuan saya ok.. 

handsome? hahaha.. this is my husband.. sampai2 je terus landing kat tilam.. :)

wahh.. sejak bila plak adik jadi photographer ni..

Siap posing sana sini, kami rehat dulu lah, letih coz baru sampai anak2 apatah lagi, bagi mereka tidur dulu lagipun time ni baru pukul 3 tak ada apa aktiviti boleh buat melainkan tidur.  

yeah! swimming time! cantik kan.. pic ni di ambil dari blok kami






ni dia budak penakut.. kalau dari rumah bukan main lagi, nak pergi swimming pool.. sampai je dialah orang yang paling takut, nak cecah kaki dalam air pun tak nak tapi lama2 berani dah


seronok bawa Cacha, dia sangat suka main air

gayat sebenarnya.. belakang tak de apa2 dah.. kalau jatuh Nauzubillah


happy sangat mereka


Mamadilla Handmade.. berkenan tak? boleh tempah dengan my friend ok..


Carribean Bay Resort view

Masing2 dah kesejukkan, time masuk bilik dan bersiap nak keluar makan malam pula.  Sebelum pergi makan singgah kat fun fair, ground floor blok kami ni je.. main2 then baru gerak pergi makan.






Sorry, pic makan malam tak ada coz terlupa bawa camera, tertinggal dalam bilik, kami makan malam di Kg. Tanjung Lumpur, kalau u all perasaan kedai 1st sekali tu Ana Ikan Bakar Petai.  

Ok lah, mata dah mengantuk, 5 minit sekali menguap.. Insya'Allah, esok saya sambung lagi ok, cerita & gambar di water park pula.

1 comments:

belogkiter said...

seronoknya .. paling best gambar kat kawasan kampung... rasa damai je

Post a Comment

Thank You.. :)

Sila klik "older post" untuk melihat entry sebelumnya

Terima Kasih