Tuesday, April 3, 2012

Kurang Air Jejas Emosi


Menjaga keperluan air di dalam tubuh bukan hanya sekadar saranan semata-mata, tetapi ia mempunyai manfaat tersendiri.  Bagi anda yang sering menahan dahaga, sebaiknya cuba jauhi kebiasaan tersebut.

Ini kerana, melalui sebuah kajian di Amerika's University Connecticut mendapati bahawa dehidrasi ringan boleh mempengaruhi emosi, tenaga dan kemampuan seseorang untuk berfikir secara waras.

Dehidrasi ringan selepas melakukan aktiviti fizikal, baik tempoh berjalan kaki selama 40 minit, mahupun duduk tanpa minum air dalam tempoh yang lama, boleh memberi kesan buruk yang sama.

Rasa haus memang akan berlaku setelah tubuh kekurangan air sekitar 1 hingga 2 peratus.  Namun, ketika sudah mencapai titik tersebut sebenarnya, tanpa disedari dehidrasi sudah mempengaruhi prestasi tubuh dan fikiran.

Dehidrasi ringan bagi wanita boleh menyebabkan kelelahan dan pening kepala, sehingga sukar unutk memberi tumpuan.  Sementara itu, bagi lelaki pula hidrasi ringan akan membuat beberapa kesukaran dalam menjalani tugas-tugas yang berhubungan dengan mental, khususnya pada aspek displin dan memori, serta rentan mengalami keletihan, ketegangan dan kebimbangan.

Demi menjaga kecukupan air di dalam tubuh, para pakar mencadangkan untuk minum air sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari.  Selain daripada itu, tambahkan pengambilan buah-buahan yang mengandungi banyak air.

0 comments:

Post a Comment

Thank You.. :)

Sila klik "older post" untuk melihat entry sebelumnya

Terima Kasih