Salam,

Dengar tajuk pun macam drama SEINDAH SAKURA slot Akasia TV3. Ramai yang suka kan. Hehe, ni bukan nak cerita pasal drama tu ye. Saya nak cerita pasal pokok yang seperti gambar di atas. Gambar ni saya ambil ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Sempat lagi singgah di tepi jalan dan ambil gambar. Berangan kejap macam duduk Jepun. Hehe
Apa yang menariknya tentang pokok ini?
Pokok ini mengeluarkan bunga yang sangat cantik dan lebat, berwarna pink dan putih. kebanyakkan pokok ini ditanam di tepi-tepi jalan sebagai peneduh dan hiasan. Pokok ini diberi nama TABEBUIA, TECOMA atau TRUMPET kerana bunganya yang seakan-akan alat muzik itu. Hehe macam ahli saintis pula hari ini. Ok, teruskan. Terdapat banyak spesis Tabebuia ini. Ia merupakan spesis tumbuhan asli Mexica sehingga bahagian utara benua Amerika Selatan. Emm bukan selalu dapat tengok pokok ini mengeluarkan bunga tau. Hanya 1 tahun sekali iaitu pada musim panas. Autumn in Temerloh la konon. Ia juga membiak melalui biji benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Kalau berminat nak tanam jangan tanam di tepi longkang atau di tepi rumah ye sebab akar pokok ini boleh memecahkan struktur konkrit. Nanti kang habis retak rumah korang.
Ok lah cukup saya merepek untuk kali ini. Harap korang dapat info baru yang tak pernah tahu sebelum ini. (macam sendiri tahu je). Bye! Selamat Berpuasa hari ke-6.

1 comments:
pokok ni berlambak kat kawasan perumahan. terasa kat Malaysia ni mcm ada musim bunga pulak. hehe
Post a Comment
Thank You.. :)