Sedar tak sedar hari ni dah genap 4 tahun perkahwinan saya.. Alhamdulillah kami bahagia hingga ke hari ini.. walaupun bermacam masalah, kami akan cuba selesaikan secara baik.. biasalah kan suami isteri, bak pepatah ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’..
Perkenalan
Di kesempatan ini saya sudi la nak kongsikan tentang perkenalan saya dengan suami.. Saya mengenali en. suami pada 13 Jun 2006 di salah sebuah pusat gymnasium, masa tu kawan2 lah yang bawa, kami pun berkenalan & berkawan.. Pada masa tu saya hanya anggap dia sebagai kawan biasa je sebab waktu tu saya pun tak ada mood nak take serius dalam hal ni sebab baru je putus cinta.. haha lawak je kan.. jadinya saya layan tak layan je la en. suami tu..
Ermm.. en. suami ni sebenarnya seorang duda, masa saya berkenalan dengan dia pun, dia sudah berpisah dengan bekas isterinya sekarang dan saya tak ada kaitan dalam hal mereka berdua pun namun masih ada jugak org2 mengatakan perpisahan en. suami dengan bekas isterinya disebabkan oleh saya L… Ooo.. itu tidak benar sama sekali, tuduhan yang sgt tak berasas.. tapi tak apa, small matter, apakan daya saya untuk menghukum, saya takkan nak marah dengan semua tuduhan tu sbb saya tahu org yang menuduh saya macam tu adalah orang yang ingin menutup kesalahan diri dia sendiri.

Bertunang
Hampir setahun kami berkenalan, so kami buat keputusan ingin bertunang pada 3hb Jun 2007 dan mengikat tali pertunangan selama 1 tahun.. Dalam masa bertunang tu lah macam2 dugaan yang datang.. lepas satu-satu menimpa kami.. macam orang2 tua kata la, orang bertunang ni darahnya manis, dugaan memang sentiasa ada dan bertunang lah saya rasa pengalaman yang paling mencabar.. Tapi Alhamdulillah dugaan yang datang tu kami berjaya harungi..
Berkahwin
Setahun selepas bertunang, tanggal 7 Jun 2008 kami pun berkahwin dan mendapat dua cahaya mata NURAIMY AMIRA, 11 Mei 2009 dan NURAIMY ALISYA, 6 Febuari 2011.. Saya sangat bahagia dengan mereka bertiga.. Semoga perkahwinan kami akan kekal hingga ke akhir hayat.. Ameenn..
Jadi, saya sajikan untuk korang gambar2 kenangan kami.. enjoy!
Jadi, saya sajikan untuk korang gambar2 kenangan kami.. enjoy!
Nikah
ni dia makeup artis saya Kak Su butik D'Farhana
Warna cream tu baju untuk resepsi, warna pink untuk nikah
pelamin
gotong royong, 1 ekor lembu tumbang
berdebar
'Aku terima nikah Norsheila binti Nasir dengan mas kahwinnya RM22.50 tunaiiiiii'
Aminnn.. dah selesai
Aku bergelar isteri
Bersanding
Meja makan pengantin & kanopi oleh Muafakat Trading
gotong royong memasak
karaoke ni di sponser tau..
Persembahan silat oleh Silat Gayong, silat ni di sponser oleh kakak sepupu saya.. thanks

hantaran saya untuk en. suami

hantaran untuk saya
Makeup : Kak Su D'Farhana
Pelamin & Pakaian : D'Farhana
Tempat Nikah : Masjid Taman Temerloh Jaya
Outdoor Photoshoot : Jambatan Kg. Cengal
Photographer : LTL - Oblind
Kanopi : Muafakat Trading

0 comments:
New comments are not allowed.