Thursday, August 23, 2012

Eid 2012



Salam,

Sebelum bercerita panjang saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN jika ada ketelanjuran kata dan perbuatan sepanjang penulisan dalam blog ini. 

Agak lamanya tak update blog, mesti ada yang tertanya-tanya, hmm sebenarnya tak ada apa yang menarik yang nak dikongsikan, setiap hari rutinnya seperti biasa. Lagipun bulan puasa sangat memenatkan, malam pun tidur awal tak ada kesempatan nak online.

Ok, sambung balik cerita pasal hari raya. Tahun ini saya beraya di rumah mertua dahulu, raya ke-2 baru beraya di rumah mak. Kali ini tidak ada beza dengan raya sebelumnya, yang membezakan ialah keseronokan anak-anak beraya. diorang dah pandai minta duit raya tau. hehe. siap ada handbag sorang satu untuk isi duit raya. 

Mimi with her cousin


Ramai betul yang datang pada hari raya pertama, sampaikan tak berkesempatan nak bersalaman dengan ahli keluarga. Tak henti-henti jiran & saudara mara yang datang. Nak bergambar pun tak sempat. Sedih tahun ini tak ada gambar raya. :( 


2 comments:

Kotak Mancis said...

amboi... lawanyaaa....

Sheila Nasir said...

pe yang lawanye KOTAK MANCIS.. :)

Post a Comment

Thank You.. :)

Sila klik "older post" untuk melihat entry sebelumnya

Terima Kasih