Wednesday, February 20, 2013

Wordless Wednesday

Salam,

Lamanya tak usik blog ni, sibuk sangat semenjak pindah rumah bulan lepas, nak pulak internet line TM belum pindah lagi, langsung tk dapat nak online tp Alhamdulillah sekarang urusan pindah memindah dah pun selesai, seronok bangat dapat duduk rumah sendiri, walaupun tak sebesar mana tp tetap berpuas hati. 

Hari ini rutin harian seperti biasalah, 9.30am kene pergi kerja then pukul 6 balik rumah pastu kena masak untuk suami, anak-anak & yang pastinya untuk diri sendiri (syok sangat kot masak dalam dapur baru :) ahaks~~

So, sampai kt sini dulu lah, hari ni juz nak conteng2 kat blog ni je. Next time kite update lg ek.. babai.. 

Monday, December 31, 2012

Goodbye 2012


Salam,

Hai semua, lamanya tak update blog, rasanya dah lebih dari 1 bulan. Langsung tak ada idea dan aktiviti menarik pun yang nak dikongsikan sepanjang penyepian ini. Hari ini adalah hari terakhir kita di tahun 2012 dan dikesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada semua manusia di dunia ini (wahhhh, ucapan untuk 1 dunia) Selamat Menyambut Tahun Baru 2013. 

Baru-baru ini saya dan suami melayani anak-anak ke Zoo Negara sekali lagi, actually kami tak merancang pun nak ke Zoo, semuanya secara kebetulan mengikut suami ke Kuala Lumpur. Ikutkan hati memang tak ada mood langsung nak kemana-mana, sebab rumah belum siap lagi.. apa-apa nak buat mesti fikir 2 3 kali, dah banyak berhabis duit untuk ubahsuai rumah, harap-harap hujung bulan ni dah boleh pindah (eeeee tak sabarnya).. 

Ok, sambung balik pasal ke zoo, lepas urusan suami selesai so kami terus terfikir nak bawa anak-anak ke Zoo Negara, seronok sangat mereka dengar babah nak ke zoo. Alhamdulillah cuaca di Kuala Lumpur sangat baik dan aktiviti kami berjalan lancar.

Peace yall!

Cacha nak buat 'peace' tak jadi. dah macam pistol je. hehe

buat ape tu pak belang?

happy together

my sweetheart. i luv u all

lupa dah apa binatang ni, spesis lembu juga

kakak & adik.. tapi kenapa kakak nampak garang sgt..

Taman Rama2 Zoo Negara

adik ralit pandang rama-rama, suruh pandang kamera pun tak nak dah

beautiful butterfly

penat dah, rehat kejap

tengok ni! geli lah.. body macam manusia kan?

Tahukah anda bonggol pada belakang unta adalah mengandungi lemak dan bukannya mengandungi air.. kesian saya, baru je tahu & unta ini ditaja oleh AMBANK Group

Alamak jatuh pulak.

Posing pun dah tak larat, masing2 dah penat.

Yeah! ini dia 'Crane' Kungfu Panda. hahaha


puas kena paksa mimi bergambar dengan replika gajah ni, penakut betul!

ambil gambar mama jugak.. :)

anak-anak mama yang dah keletihan & mahu pulang.

Sekian.

Thursday, November 22, 2012

Gembira Tapi Sedih


Salam,

Dah seminggu berlalu tapi badan masih terasa penat & tak cukup tidur, 3 hari 2 malam berada di Kelantan. Kami pergi ke sana dengan membawa hajat dan Alhamdulillah semuanya dah pun selesai. Ameen. 

Ini kali kedua ke Kelantan dalam tahun ni. Seperti dulu saya dan keluarga menumpang di rumah saudara belah suami. Kali ini kami bertolak dari Temerloh awal sedikit dan perjalanan lancar hingga ke destinasi. 

siap sedia nak ke rumah 'pengantin'

sampai ke destinasi

sambutan dari pihak perempuan, jom makan.

Tahniah, jumpa lagi tahun depan ye.





si comot mama yang comel. boleh gitu.. :)

my sis, bro & mum

yeah, banyak kan itik, belakang tu sawah padi. view sangat cantik. itik-itik ni berlarian sebab nampak orang datang, sampaikan telur berciciran. hahaha. i really love it.


Sepanjang 3 hari saya berada di sana, saya & keluarga di kejutkan dengan pelbagai berita yang menyedihkan, walau bagaimana sekali pun perkara yang berlaku tapi kami tabah hadapinya. Buat Wo (nenek) yang telah kembali ke Rahmahtullah pada 5 Muharram 1434H, semoga roh mu dicucuri rahmat. Al-Fatihah.. 


Sila klik "older post" untuk melihat entry sebelumnya

Terima Kasih