Monday, September 2, 2013

Eman & Ema Wedding


Salam,

Setelah sekian lama tak update blog, mcm tak pandai nk karang mengarang ni. Baru-baru ni saya ke Kelantan selama 3 hari mengikut rombongan kahwin adik ipar, rasa penat pun tak hilang lagi ni tp Alhamdulillah semua berjalan lancar.

my mom sedang pegang dulang hantaran, kesian mak sebab kurang sihat tp demi keluarga tetap gagah juga.

ni adik yang no 3, sanggup ponteng class ye.. biasaaaaa die.. 

malu2 kucing pengantinnya, haha tetiba teringat plak masa saya kahwin dulu.

semoga berkekalan hingga ke akhir ye, cepat2 dapat baby.. :)



my ipar duai saya, baju sedondon, kami beli dekat Jakel sebelum puasa lagi masa ada tu tengah ada offer, cepat2 beli..


snap je sbb tertarik dengan gong ni.. 





masa ni kami nak balik dah, agaknya bila lagi la boleh datang Kelantan, sob sob sob.. 
babai & Selamat Pengantin Baru & terima kasih buat orang Kelantan, jumpa di Felda Mayam pula nanti.


Saturday, June 1, 2013

Cameron Highland #3

Salam,

Alhamdullillah dengan izin Allah saya dan family sampai juga ke Cameron Highlands untuk kali ke 3, tak jemu rasanya bercuti di Cameron. i love Cameron, percutian yang sangat best nak pula 1 Jun adalah my birthday yg ke-**.. ahaks~~ rahsia ya.. 


kami bertolak awal pagi dari Temerloh nak mengelakkan dari traffic jam, tapi malangnya terperangkap selama 2 jam, adoiyai, sakit pinggang dibuatnya..



kesejukkan, kami sampai tepat waktu check-in di apartment, ni semua gara-gara traffic jam. bencii..


bersama adik, anak saudara & adik ipar



lepaking di Big Red Strawberry Farm


putera puteri ku sayang.. 


entah kenapa tak banyak strawberry yang masak, semua masih muda & hijau, so tak dibenarkan sesiapa  untuk masuk memetik buah strawberry.. 

        


Pasar Malam Brinchang, aktivitinya adalah jalan-jalan cari makan & membeli sedikit cenderahati untuk di bawa pulang.. 


bergambar sebelum checkOut 2pm

        





jalan-jalan di Taman Agro Teknologi Mardi

        

destinasi terakhir di Bharat Tea Farm, singgah minum teh & beli ape yg patut untuk bawa pulang.. :)

Friday, March 1, 2013

Mata Oh Mata


Salam,

Boringnya malam ni, Astro pun tak ada cerita yang menarik, layan anak je la tonton karton kat Astro Ceria, alahai bertambah la boring, nak dialih channel nanti dah tentu mengamuk punya.  Perut ni pulak asyik dok nyanyi lagu keroncong je lagi tadi, hmm entahlah macam ada yang tak kena je hari ni. maybe penat sangat kot. (macam la banyak sangat kerja yang dibuat).. Mata pun macam dah tak bermaya & segar lagi, lingkaran bawah mata pun dah nampak keterlaluan, oh no! korang pun ada masalah mata yang sama ker?.. so macam mana ni?? kenapa boleh jadi macam ni?? wahh banyaknya question mark, sambil tangan menyelak majalah Mingguan Wanita).. yeah!! dah dapat, terujanya nak baca dan setelah diselidiki ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan terjadinya lingkaran bawah mata contohnya seperti ;

1.  Kurang tidur - terlalu sibuk sehinggakan tidak mendapat tidur yang berkualiti.  Tidur yang berkualiti adalah tidur yang lena antara 6 hingga 8 jam sehari supaya tubuh dapat berehat dan membantu memulihkan sel-sel yang rosak termasuk di bahagian mata.

2.  Terlalu lama di depan komputer @ menonton TV - menonton TV dalam tempoh yang lama akan memberi tekanan pada mata.

3.  Kekurangan Air & Zat Mineral - tubuh & mata akan menjadi lesu.

4.  Stres / Tekanan - musuh utama setiap wanita untuk kekal cantik dan sihat.  Ia akan menyebabkan tubuh dan mata menjadi kusam dan cuba atasinya dengan cara senaman atau aktiviti kegemaran.

Ok, sekarang boleh lah menangis sebab kesemua yang di atas termasuk dalam rutin harian saya, Oh tidak, ini semua poyooooooooooo, tetiba je.. ahakss.. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii jangan bimbang ok, tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan, dengan penemuan terbaru (terbaru la sgt, tangan kat bahu, mata ke atas) lingkaran bawah mata atau orang mat saleh cakap eye bag boleh di atasi dengan ....

1.  Banyakkan minum air putih - putih? susu ke? eh bukan susu ler, takkan nak sebut air jernih pulak kan.. hmm.. korang disarankan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari kerana ia amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.

2.  Lebihkan buah-buahan & sayur-sayuran - kandungan makanan ini kaya dengan vitamin dan zat yang sangat baik untuk kesihatan dan kecantikkan.

3.  Rawatan di Spa - bg yang berkemampuan, bolehlah gunakan rawatan yang disediakan sama ada secara manual atau menggunakan mesin.

4.  Produk khas - krim mata yang kandungannya selamat dapat membantu mengatasi masalah ini. 

Wahh kelas kau nyah, siap bagi tips lagi, padahal curi dalam magazine, hahaha whatever, so mulai sekarang saya, awak dan awak dan awak boleh la amalkan nya ye dan tip kat atas tu bukanlah untuk remaja sahaja, mak orang, makcik2, nenek2 pun boleh kalau nak amalkan. ok selamat mencuba kepada saya dan anda. Assalamualaikum.

 ( Jangan terpedaya dengan gambar di atas, ini gambar siang tadi, 
makeup telah membuatkan eye bag saya hilang.. taraaa! )

** SHARING IS CARING ** 




Wednesday, February 20, 2013

Wordless Wednesday

Salam,

Lamanya tak usik blog ni, sibuk sangat semenjak pindah rumah bulan lepas, nak pulak internet line TM belum pindah lagi, langsung tk dapat nak online tp Alhamdulillah sekarang urusan pindah memindah dah pun selesai, seronok bangat dapat duduk rumah sendiri, walaupun tak sebesar mana tp tetap berpuas hati. 

Hari ini rutin harian seperti biasalah, 9.30am kene pergi kerja then pukul 6 balik rumah pastu kena masak untuk suami, anak-anak & yang pastinya untuk diri sendiri (syok sangat kot masak dalam dapur baru :) ahaks~~

So, sampai kt sini dulu lah, hari ni juz nak conteng2 kat blog ni je. Next time kite update lg ek.. babai.. 

Monday, December 31, 2012

Goodbye 2012


Salam,

Hai semua, lamanya tak update blog, rasanya dah lebih dari 1 bulan. Langsung tak ada idea dan aktiviti menarik pun yang nak dikongsikan sepanjang penyepian ini. Hari ini adalah hari terakhir kita di tahun 2012 dan dikesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada semua manusia di dunia ini (wahhhh, ucapan untuk 1 dunia) Selamat Menyambut Tahun Baru 2013. 

Baru-baru ini saya dan suami melayani anak-anak ke Zoo Negara sekali lagi, actually kami tak merancang pun nak ke Zoo, semuanya secara kebetulan mengikut suami ke Kuala Lumpur. Ikutkan hati memang tak ada mood langsung nak kemana-mana, sebab rumah belum siap lagi.. apa-apa nak buat mesti fikir 2 3 kali, dah banyak berhabis duit untuk ubahsuai rumah, harap-harap hujung bulan ni dah boleh pindah (eeeee tak sabarnya).. 

Ok, sambung balik pasal ke zoo, lepas urusan suami selesai so kami terus terfikir nak bawa anak-anak ke Zoo Negara, seronok sangat mereka dengar babah nak ke zoo. Alhamdulillah cuaca di Kuala Lumpur sangat baik dan aktiviti kami berjalan lancar.

Peace yall!

Cacha nak buat 'peace' tak jadi. dah macam pistol je. hehe

buat ape tu pak belang?

happy together

my sweetheart. i luv u all

lupa dah apa binatang ni, spesis lembu juga

kakak & adik.. tapi kenapa kakak nampak garang sgt..

Taman Rama2 Zoo Negara

adik ralit pandang rama-rama, suruh pandang kamera pun tak nak dah

beautiful butterfly

penat dah, rehat kejap

tengok ni! geli lah.. body macam manusia kan?

Tahukah anda bonggol pada belakang unta adalah mengandungi lemak dan bukannya mengandungi air.. kesian saya, baru je tahu & unta ini ditaja oleh AMBANK Group

Alamak jatuh pulak.

Posing pun dah tak larat, masing2 dah penat.

Yeah! ini dia 'Crane' Kungfu Panda. hahaha


puas kena paksa mimi bergambar dengan replika gajah ni, penakut betul!

ambil gambar mama jugak.. :)

anak-anak mama yang dah keletihan & mahu pulang.

Sekian.

Sila klik "older post" untuk melihat entry sebelumnya

Terima Kasih